Beberapa minggu ni hiburan tanahair hangat dengan kisah percintaan terhalang Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah, bukan setakat di Malaysia malah di Shanghai pun ada forum terkenal (tieba baidu )yang membuat liputan pasal Shila Amzah bintang yang makin menyerlah di sana…walaupun diorang kurang info pasal mengapa Shila bersedih sekarang.
Semalam tengok galaksi Tv9..jawapan jawapan Sharnaaz yang memang pedas dan lantang dan ada juga boleh disifatkan biadap atau kurang ajar…emm tak tau nak kata pe lagi..
Video Shila yang sedang menangis , memohon maaf pada semua kerana masalah yang berlaku padanya sejak kebelakangan ni..Shila pernah twit yang dia sedang mencari ketengan, di satu tempat tanpa keluarga dan kekasih….
Video tu juga mendapat pelbagai respon dan kata kata nasihat…ada pihak yang menasihati tak kurang juga yang memberikan komen negatif. Ada yang berharap Shila dapat pulang ke pangkuan keluarga dan menyelesaikan dengan perkara tu dgn keluarganya cara baik.
Pagi ni ada twit dari pelakon terkenal Fauziah Nawi pasal pasangan bercinta yang mudah lupa diri..derhaka pada ibu bapa. Mungkin beliau tidak menujukan pada pihak mana-mana tetapi berunsur kata kata nasihat dan peringatan buat pasangan muda yang asyik masyuk bercinta…agar tidak buta mata dan hati dan lebih sayangkan kekasih hingga sanggup derhaka dan lari dari rumah..
di luar sana ramai pasangan muda sanggup lari tinggal keluarga kerana kononnya sayang sangat pd kekasih , setia dan mahu bersama kekasih…
No comments:
Post a Comment