Sekolahku Tempat Belajarku

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford
JenisSekolah menengah kebangsaan,Sekolah kerajaan
Kod sekolahCEE3037
Lokasi Malaysia Km 1 Jalan Lipis-Raub27200, Kuala Lipis,, [Pahang Darul MakmurMalaysia
Telefon6093101242
Faks6093101241

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford atau nama ringkasnya SMK Clifford, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan Lipis-Raub.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford memiliki 294 pelajar lelaki dan 456 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 750 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis terletak di Kuala LipisPahangSekolah ini telah diisytiharkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah sebuah sekolah "premier" di Malaysia pada tahun 1996 dan setahun kemudian sebagai perintis Sekolah Indera Shahbandar Pahang yang mengambil pelajar tahun 4 terpilih.
Moto sekolah ini ialah "Ad Sapientiam"(Bahasa Latin)("Ke arah kearifan" dalam bahasa Malaysia).
DYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Negeri Pahang) merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.
Antara nama Bekas Pelajar SMK Clifford Kuala Lipis yang terkenal

Isi kandungan

  [sorokkan

Sejarah [sunting]


SMK Clifford merupakan sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di negeri Pahang dan ditubuhkan pada tahun 1913. Pada masa itu, ia hanya berupa sebuah rumah kayu beratap nipah di Jalan Besar Bandar Kuala Lipis. V.N. Bartlett yang berasal dari Ceylon merupakan pengasas dan pngetua pertama sekolah ini.
Pada tahun 1919, sebuah bangunan telah dibina ditengah padang sekolah pada masa ini, namun telah musnah dilanda banjir besar tahun 1926. Pada tahun 1928, sebuah bangunan batu dua tingkat telah dibina dan Sir Hugh Clifford yang merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Bersekutu telah merasmikan bangunan ini dan seterusnya menamakannya Sekolah Clifford (Clifford School).
Semasa peperintahan Jepun, bangunan ini telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai). Selepas itu persekolahan disambung semula pada tahun 1945.
Beberapa keistimewaan yang telah memberi identiti / watak / imej sekolah ini antaranya:
  • SMKC adalah merupakan sekolah premier yang telah diasaskan oleh pihak Inggeris yang memerintah Tanah Melayu pada tahun 1913.
  • Kini 2 blok bangunan tertua di sekolah ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.
  • SMK Clifford telah diangkat menjadi Sekolah Model Khas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1996. Ia meliputi pengambilan pelajar daripada Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas .
  • Kewujudan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang merupakan penubuhan program yang pertama dalam intipati Sekolah Model Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mulai tahun 2006 SMK Clifford telah terpilih sebagai sebuah Bestari dalam Projek Perluasan Sekolah Bestari Fasa I Negeri Pahang.
  • Pada tahun 2009, SMK Clifford telah mendapat gelaran "Sekolah Kluster Kecemerlangan" yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Datin Hajah Ragayah yang merupakan Pengetua Kanan sekolah ini merupakan penggerak utama kejayaan SMK Clifford mendapatkan gelaran tersebut.

Lencana Sekolah [sunting]

Beginilah rupanya lencana rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang dilekatkan pada baju atau kain tudung setiap pelajar yang menjadi warga Clifford. Terdapat beberapa makna yanag tersirat disebalik lencana ini.
LambangMaksud
GajahKekuatan
Pelita yang menyalaSinar Pembelajaran
7 batang tunggakKebijaksanaan
AD SAPIENTIAMKe arah Kearifan
Warna KuningTaat Kepada Raja
Warna BiruPenyayang
Warna putih dan hitamWarna bendera Pahang

Sekolah Lestari [sunting]

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Cliffordtelah dicalonkan dalam Anugerah Sekolah Lestari dan Anugerah Alam Sekitar 2007 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Serentak itu juga satu jawatankuasa telah ditubuhkan di ketuai oleh Pengetua Kanan SMK Clifford, Datin Hajah Ragayah binti Haji Omar. Motto jawatankuasa ini adalah Ceria, Bersih dan Berinformasi.

3 comments:

  1. R u school @ SMK CLIFFORD???or u just want 2 share ab0ut SMK CLIFFORD???

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Yes, I was studying in SMK CIFFORD

    ReplyDelete