Monday, 3 June 2013

Kisah RAJA PERBA JELAI(WAN TANJUNG)

SUNDAY, MAY 31, 2009

Kisah Wan Tanjung


Al-kisah..

Mangkatnya Tok Raja Wan Muhammad meninggalkan dunia. Waris seterusnya inilah dia. Wan Tanjung namanya kekanda Wan Chik adanya. Dialah pewaris takhta mantan Tok Raja.


Namun takhta bukanlah hajatnya..


Diberi pada sang adinda untuk mentadbir segala.

Malang tidak berbau ajal berkunjung tiba, Wan Chik bergelar Tok Raja sementara sahaja.


Matinya Tok Raja menjadi tanda tanya.

Fitnah melanda mengugut nyawa, dikatakan Wan Tanjung meracun adindanya. Kata mereka "Dek kerana takhta terkorban nyawa".

Namun tiada bukti dapat dikemuka, maka tiadalah terjadi hukuman ke atasnya.

Berlalulah sudah fitnah Tok Raja. Meracun adinda yang tercinta.

Maka terpaksa jua ditanggung beban pangkatnya.

Jadilah Wan Tanjung Tok Raja seterusnya.


Al-kisah..


*Gambar : Wan Tanjung Wan Muhammad

 

2 comments:

  1. Salam. Agak menarik apa yang anda ceritakan. Mungkin anda mempunyai rujukan sahih - tidak pasti.

    Saya kurang pasti LOGO MAHARAJA JELAI ini siapa yang pernah menggunapakai. Setakat ini, saya belum ada maklumat bahawa ada MAHARAJA PERBA yang menggunakan LOGO ini. Anda tentu ada maklumat yang boleh dikongsikan. Tq. Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam. Agak menarik LOGO MAHARAJA PERBA seperti yang dipapar. Siapakah PENCIPTA LOGO ini ? T. Kasih

    ReplyDelete