Biodata Dato Siti Nurhaliza!
Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP
- Dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang Darul Makmur kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang anggota polis dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah tangga.
- Merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia setelah beliau dilahirkan.
- Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh.
- Darjah 1 - Darjah 6, memasuki SRJK Clifford, Kuala Lipis
- Melanjutkan pelajaran ke SMK Clifford, Kuala Lipis (Tingkatan 1 - Tingkatan 5).
- Sewaktu di sekolah, Siti sangat aktif dalam arena sukan.
- Mengeluarkan album sulungnya iaitu bertajuk, "Siti Nurhaliza" pada tahun 1996 dan seterusnya beliau telah menjadi terkenal
- Menamatkan zaman bujangnya bersama Dato' Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K, seorang ahli perniagaan, pada 17 Julai 2006.
No comments:
Post a Comment